Friday, 17 January 2014
Part 1.
*Di dalam kelas 5AK1*
*Waktu ni tak ada cikgu. So Atiqah and the gang pun berborak kecuali Hanisah*
Hani : Aduh *mengeluh* macam mana ni..
*Ketika Atiqah sedang bersembang dia terdengar akan keluhan Hanisah. Dia datang dekat dengan Hanisah. Dan bertanya kepad dia.*
Tyka : Kenapa dengan kau ni?
Hani : Ni ha.. soalan addmath ni aku tak tahu macam mana nak buat. Kau ajarkan aku boleh?
Tyka : Boleh je. Kita kan kawan. [Atiqah merupakan pelajar yang genius dalam mata pelajaran add math] *Atiqah pun ajar Hanisah macam mana nak buat soalan tu* Kau faham tak apa yang aku ajar tadi?
Hani : Faham boss. Thanks ya sayang *Cubit pipi*
Tyka : Woi jangan cubit pipi aku. Pipi aku ni dah lah mahal. Hmm, kalau kau tak faham kau boleh tanya aku.
Hani : Ya aku tahu pipi kau kan mahal. Dah lah kau pergilah sambung berborak dengan dia orang tu.
*Atiqah pun pergi kat korang*
Fatin : Weh Aisyah.. Tengah hari ni kita makan nasi ayam okay tak? Aku teringin sangat nak makan nasi ayam. [Kami tinggal kat satu rumah. Bukan tak nak tinggal dengan family tapi kami cuma nak belajar berdikri. Rumah tu dah kira macam dorm lah. And bila kami rasa nak balik rumah mak dengan ayah kami, kami pun baliklah]
Asya : Okay.. Nanti aku belikan dan bungkus bawak balik.
*Sedang korang semua bersembang tiba-tiba Pn.Julia masuk ke kelas dengan senyuman menawan*
Syafiq : Stand up class.. Good Morning Pn.Julia...
Pelajar : Good Morning Pn.Julia..
Pn.Julia : Okay.. Good morning everyone.. Have a sit. [Pn.Julia merupakan cikgu bahasa inggeris]. Sebenarnya saya masuk sekejap je sebab saya nak siapkan kertas soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun yang akan datang. Saya cuma nak bagitahu yang awak semua ada 2 minggu je untuk buat persiapan oral test. So gunakan masa 2 minggu anda untuk mencari bahan-bahan tersebut. Selepas 2 minggu saya akan start buat oral. Saya tak kisah tajuk apa pun. Hope you all ambil bahagian. Sebab markan oral ni membantu time spm nanti. Dalam kumpulan sekurang-kurangnya 6 orang. I think thats all for today. Thank you class.
Pelajar : Thank you Pn.Julia.
*Lepas Pn.Julia keluar dari kelas.. kelas menjadi bising semula*
Bella : Kita nak buat pasal apa?
Fatin : Balik nanti kita fikirlah.. Lagi pun ada lagi 2 minggu kot. Relax sudah. [Fatin ni suka buat kerja lambat-lambat dan last minute. Secara ringkas, memang dalam kategori pemalas tahap rendah]
Bella : Suka sangat buat kerja last minute..
Fatin : Last minute lah idea banyak datang.
Bella : Okay.. Kita bincang kat rumah nanti eh. Atiqah, kau okay kan kalau kita bincang kat rumah?
Tyka : Aku okay je...
Bella : Isha.. kau tengok apa tu?
Isha : Hah.. Aku tengok tu.. Ramai gila budak perempuan yang gedik-gedik tu nak satu kumpulan dengan mamat poyo tu.
Hani : Biasa lah.. budak hot katakan...
*Korang pun terus perhatikan group Amir and the gang yang tengah melayan budak-budak gedik tu*
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Di meja Amir and the gang*
*Lepas je cikgu Julia keluar dari kelas mereka terus bincang pasal tajuk apa yang dia orang nak buat time oral. Tak sampai 10 minit tiba-tiba meja dia orang telah dikelilingi oleh pelajar-pelajar perempuan gedik*
Danny : Apa yang you all nak ni?
?? A : I nak you join group i. Kalau you ada baru lah best.
?? B : Tak Amir you boleh join group i. Lagi pun i kalau you ada baru lah i semangat nak buat oral tu. Please... join group dengan i okay..
Amir : I really-really sorry.. I tak nak join mana-mana group.. Lagi pun i lagi selesa kalau I dengan kawan- kawan i buat oral sama-sama. I hope you can understand.
?? A : Hmm.. Nak buat macam mana kan.. so.. okay bye.
Fiq : Bye...
*Pelajar perempuan tadi pun pergi duduk kat meja dia orang semula*
*Keadaan kelas korang terus bising sampai ke waktu rehat*
KRING!!!! KRING!!!! [Loceng waktu rehat pun berbunyi]
Fatin : Jom!
Tyka : kalau bab makan ni laju je kan kau ni..
Fatin : Harus lah.. Aisyah, jom!
Asya : Jom...
*Korang pun pergi ke kantin*
Sinopsis.
Amir, Asyraf, Yusoff, Danial, Rafiq dan Amin. Mereka ini ialah pelajar popular di kalangan pelajar perempuan di Victoria International High School. Gelaran 'MAMAT POYO' yang diberi oleh Atiqah and the gang dari zaman tadika lagi. Hubungan antara MAMAT POYO dan GADIS COFFEE tidak baik sebenarnya. Tapi kalau gaduh, boleh dikatakan suami isteri gaduh. Dah macam hal kerajaan runtuh. Dah macam harga kangkung 'JE' turun. Hubungan mereka mula dalam peringkat baik apabila Atiqah mengalami kecederaan kecil di sekolah akibat jatuh tangga. Saat Atiqah jatuh dari tangga, Amir and the gang ada di situ dan telah membantu Atiqah. Langit tak sentiasa cerah saat kami semua sedang bahagia banyak masalah menimpa kami. Natasha telah menfitnah korang. Akibat cerita-cerita yang disebarkan oleh natasha itu membuatkan hubungan kami dengan Amir and the gang semakin rengang. Tapi apa yang mampu kami buat memandangkan SPM dah nak dekat apa yang terjadi pada kami, kami tak ambil peduli dan kami hanya fokus pada SPM. Setelah kami mendapat keputusan yang cemerlang kami terus sambung belajar di luar negara. Dan pada waktu itu Amir and the gang baru dapat tahu cerita sebenar. Selepas 5 tahun kami menetap di negara orang, kami pun balik ke Malaysia dengan segulung ijazah. Dan kami telah lupakan segala memori yang terindah kami dengan Amir and the gang. Pada satu hari masing-masing bertemu secara kebetulan. Atiqah and the gang masih membenci mereka manakala Amir and the gang terus mengejar cinta mereka yang telah lama pudar. Dapatkah Amir and the gang menagih cinta dengan Atiqah and the gang. Ingin tahu kisah selanjutnya? Jom beli & sambung baca.
Friday, 10 January 2014
Koleksi Hadis Tentang Sahabat.
Moga berguna untuk pedoman :)
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)
Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut,
“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata,
“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
Sahabat yang tamak : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu : Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.
Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Dalam sebuah hadis ada keterangan :
“Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”
Menurut ahli syair pula :
“Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
Taman2Syurga
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Subscribe to:
Posts (Atom)