Friday, 17 January 2014
Sinopsis.
Amir, Asyraf, Yusoff, Danial, Rafiq dan Amin. Mereka ini ialah pelajar popular di kalangan pelajar perempuan di Victoria International High School. Gelaran 'MAMAT POYO' yang diberi oleh Atiqah and the gang dari zaman tadika lagi. Hubungan antara MAMAT POYO dan GADIS COFFEE tidak baik sebenarnya. Tapi kalau gaduh, boleh dikatakan suami isteri gaduh. Dah macam hal kerajaan runtuh. Dah macam harga kangkung 'JE' turun. Hubungan mereka mula dalam peringkat baik apabila Atiqah mengalami kecederaan kecil di sekolah akibat jatuh tangga. Saat Atiqah jatuh dari tangga, Amir and the gang ada di situ dan telah membantu Atiqah. Langit tak sentiasa cerah saat kami semua sedang bahagia banyak masalah menimpa kami. Natasha telah menfitnah korang. Akibat cerita-cerita yang disebarkan oleh natasha itu membuatkan hubungan kami dengan Amir and the gang semakin rengang. Tapi apa yang mampu kami buat memandangkan SPM dah nak dekat apa yang terjadi pada kami, kami tak ambil peduli dan kami hanya fokus pada SPM. Setelah kami mendapat keputusan yang cemerlang kami terus sambung belajar di luar negara. Dan pada waktu itu Amir and the gang baru dapat tahu cerita sebenar. Selepas 5 tahun kami menetap di negara orang, kami pun balik ke Malaysia dengan segulung ijazah. Dan kami telah lupakan segala memori yang terindah kami dengan Amir and the gang. Pada satu hari masing-masing bertemu secara kebetulan. Atiqah and the gang masih membenci mereka manakala Amir and the gang terus mengejar cinta mereka yang telah lama pudar. Dapatkah Amir and the gang menagih cinta dengan Atiqah and the gang. Ingin tahu kisah selanjutnya? Jom beli & sambung baca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment